HOME

Thursday 26 May 2016

What Is ANOMIE?

Di sini saya akan mengupas apa yang dimaksudkan dengan Anomie. Ermm... ramai yang kurang memahami malahan ada juga yang tidak mengetahui kewujudan perkataan Anomie ini. Adakah Anomie berkaitan dengan norma perilaku masyarakat? Jawapannya, YA..

TEORI ANOMIE

“as state of lawlessness existing at times of abrupt social change, and  affecting in
 particular the state of ‘normlessness’, which exists when the insatiable desires of
humans are no longer controlled by society”
(Durkheim, E., 1933, The Division of Labour in Society, Glencoe, Illinois: Free Press)

 Istilah Anomi ini diperkenalkan oleh Emile Durkheim melalui bukunya The Division of Labor in Society (1893) yang menjelaskan keadaan “deregulation” di dalam masyarakat yang di artikan sebagai tidak ditaatinya peraturan-peraturan yang terdapat pada masyarakat sehingga orang tidak tahu apa yang diharapkan dari orang lain dan keadaan ini menyebabkan deviasi. Beliau berpendapat bahawa suatu keadaan di mana norma tingkah laku juga menjadi kurang jelas. Contohnya, individu yang sanggup membunuh diri disebabkan oleh perubahan sosial atau  keadaan di sekitar manusia contohnya desakan hidup kerana masalah ekonomi dan keadaan masyarakat sekeliling.


Anomie adalah segala tindakan yang  melanggar nilai masyarakat. Hal ini menyebabkan perubahan sosial dalam masyarakat sehingga menimbulkan banyak kesan negatif yang mempengaruhi tingkah-laku mereka. Anomie lebih menekankan kepada isu kemasyarakatan. Selain itu, Anomie merupakan situasi di mana individu melanggar nilai-nilai sosial (norma) yang ada dalam masyarakat sehingga tidak dapat menentukan perkara yang baik dan buruk. Nilai-nilai ini hilang kerana perubahan sosial. Hal ini menyebabkan individu menjadi bingung untuk menentukan nilai dalam kehidupan mereka. Oleh sebab itu, individu akan merasa bebas untuk melakukan tindakan yang kurang wajar dan tak bermoral. Nilai-nilai yang longgar telah menyebabkan kesesatan dan penyelewengan sehingga menimbulkan ketidakharmonian dalam kehidupan masyarakat.


Mahukan contoh bagi isu Anomie?. Di sini saya telah selitkan isu yang telah melanggar norma masyarakat hari ini di mana ia salah satu contoh anomie. Kes pembuangan bayi salah satu yang melanggar norma masyarakat. Selain itu, bayi yang takde dosa dibunuh. Ini kerana ibu tersebut hilang arah pedoman disebabkan persekitaran sosial dan tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan, jauh daripada sifat seorang ibu yang penyayang. Berikut merupakan contoh kes yang dipetik daipadad Berita Harian Online. 


Kecelaruan Sosial Punca Kes Pembuangan Bayi

NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan pembangunan fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik, seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah berkenaan yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta bapa mentuanya. Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik, mencekik bayi sebelum ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang sanggup menanam bayi hidup-hidup. Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi. Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.


No comments:

Post a Comment