HOME

Sunday 29 May 2016

TOKOH PEJUANG HAK ASASI MANUSIA - Mahatma Gandhi


PROFIL DAN BIOGRAFI MAHATMA GANDHI





Mahatma Gandhi adalah salah seorang yang paling berpengaruh dalam proses Gerakan Kemerdekaan India. Ia bersama rakyat India berjuang untuk mendapatkan kebebasan dari penjajahan Inggris. 

Nama asli beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi. Mahatma Gandhi lahir pada tanggal 2 Oktober 1869 di Porbandar, Gujarat, India. Mahatma hanya sebuah gelaran yang diberikan untuk Gandhi, yang merupakan sebuah kata dalam bahasa Sanskerta yang berasal dari dua kata iaitu maha (besar) dan atma (jiwa).

Pada tahun 1891, saat ia berusia 22 tahun, ia pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pendidikan yang lebih tinggi dalam Fakulti Undang-Undang di University College, London. Kemudian,beliau bekerja di syarikat India di Afrika Selatan. 

Mahatma Gandhi pulang ke India bagi membantu negaranya menuntut kemerdekaan dari jajahan Inggeris dan menjadi pemimpin dalam perjuangan tersebut

Dalam proses menggapai kemerdekaan tersebut, rakyat yang memiliki agama dan suku yang berbeza yang hidup di India pada saat itu saling bersatu untuk membantu satu sama lain demi kepentingan bersama iaitu menggapai sebuah kemerdekaan.

Mahatma Gandhi bersama rakyat India melancarkan gerakan pahlawan tanpa kekerasan pada pihak Inggris. Gerakan ini memberikan inspirasi bagi rakyat India, sehingga tahun 1919, gerakan tersebut mendapat sokongan dari hampir seluruh masyarakat India. Dalam gerakan yang beliau lakukan, beliau memperkenalkan istilah Satyagraha yang mempunyai erti "kebenaran dan keteguhan" yang disampaikan pada rakyat India. 

Akhirnya, India berhasil memperoleh kemerdekaan pada tahun 1947 hasil perjuangan yang dilakukan rakyat India. Namun, banyak yang ingin para pemeluk agama Hindu dan Islam untuk mempunyai negara sendiri. Setelah India merdeka telah pecah menjadi dua negara iaitu India dan Pakistan.

Pada 30 Januari 1948, saat Gandhi berada di New Delhi ada seorang fanatik dari agama Hindu yang membunuhnya dengan senjata kerana Gandhi yang beragama Hindu saat itu dinilai memihak pada agama Islam. 

Gandhi adalah seorang yang tidak membeza-bezakan agama dan dikenali sebagai tokoh perjuang anti kekerasan, keadilan dan pendamaian di dunia.



  

No comments:

Post a Comment