HOME

Thursday 26 May 2016

PIAGAM MADINAH

Dalam hidup ini, peraturan ada di mana-mana betul kan?. Ya betul, Zaman Rasulullah pun telah wujudnya peraturan atau perjanjian iaitu Piagam Madinah. Dulu masa di tingkatan 4 ada belajar mengenai piagam Madinah dalam subjek Sejarah bab 5.

Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang telah dirangka oleh Nabi Muhamad s.a.w pada tahun 622M.

Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.

Piagam ini mencatatkan tentang tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan Suku Arab yang lain).

Mengandungi 47 fasal, 23 fasal daripadanya membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.

Rumusan Piagam Madinah dalam 7 aspek:

Pentadbiran
i.                Nabi Muhamad pemimpin di Madinah.
ii.              Baginda sebagai hakim yang menyelesaikan masalah antara Orang Islam dan Bukan                            Islam.

Agama
i.                Bebas mengamalkan sebarang agama
ii.              Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam

Sosial
i.                Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap                           negara.
ii.               Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

Perundangan
i.                Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah                       boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
ii.               Undang-undang Islam menekankan pengingsafan dan bukannya jatuhan hukuman.
iii.              Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.

Pertahanan
i.                Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara.

Ekonomi
i.                Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
ii.              Unsur tipu dan riba dalam perniagaan dihapuskan.

Kedudukan Kaum Yahudi
i.                Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan                                 Madinah.



KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

1.      Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah.
          -   Hidup dalam bersatu padu dan aman menerusi semangat ukhuwah islamiah.
2.      Pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai    undang-undang yang lengkap dan sempurna.
3.      Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum  mengasaskan sebuah kerajaan
4.      Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.


ISU HAK ASASI MANUSIA DALAM PIAGAM MADINAH

1. Kebebasan beragama dalam kalangan masyarakat di Madinah. Mereka bebas memilih agama yang hendak dianuti sama ada agama nenek moyang ataupun agama Islam.
2. Hak memperoleh keadilan dimana orang bukan Islam juga berhak mendapatkan perlindungan keselamatan.
3. Hak untuk hidup di mana masyarakat Islam dan bukan Islam berhak untuk hidup aman tanpa sebarang permusuhan.

No comments:

Post a Comment