HOME

Wednesday 9 March 2016

ISU KELDAI DADAH

BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN KELDAI DADAH TERMUDA COLOMBIA



BOGOTA: Polis Colombia berjaya menahan keldai dadah termuda, seorang budak perempuan berusia 11 tahun selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan lebih 100 biji kapsul di dalam perutnya. Budak yang tidak didedahkan namanya itu kini berada di hospital dengan pengawasan pengawal di Cali, barat Colombia, selepas cubaannya untuk menyeludup dadah digagalkan dengan menyorokkannya di dalam kapsul untuk menyusup ke Eropah. "Kanak-kanak itu menjalani pembedahan dan 104 kapsul dikeluarkan. Ketika ini dadah berkenaan sedang diuji untuk menentukan sama ada ia jenis yang dibenarkan," kata Komander Polis Cali, Olis Hoover Penilla. 
        Kanak-kanak perempuan itu dipercayai dijadikan keldai dadah untuk membawa masuk antara to 500 hingga 600 gram (kira-kira setengah kilogram) dadah ke Eropah, demikian menurut polis yang mendakwa bahawa kanak-kanak itu merupakan pengedar termuda pernah ditangkap pihak berkuasa Colombia setakat ini. "Semua ini menandakan dia sudah dipergunakan sebagai mangsa oleh orang dewasa," katanya. 
    Latar belakang kanak-kanak berkenaan menunjukkan kedua ibu bapanya sudah berpisah. Ibunya berkata, anaknya itu tinggal bersama bapanya pada hujung minggu dan kembali ke rumahnya dengan keadaan resah dan sakit perut pada sebelah malam. Apabila ibunya mendapati sakit perut anaknya itu masih tidak surut sejak pagi, beliau terus membawanya ke hospital. Penilla berkata, polis kini masih memburu bapa kepada kanak-kanak berkenaan. Colombia adalah antara pengeksport utama dunia dadah jenis kokain, selain Peru, demikian menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP



Pada pandangan sayalah, isu keldai dadah ni  termasuk dalam kes pemerdagangan orang terutamanya apabila ia melibatkan seorang budak perempuan yang diperdayakan oleh orang dewasa sama ada dijanjikan dengan wang atau kemewahan. Selain itu, kita tahu bahawa kanak-kanak tidak boleh berfikir secara matang tambahan pula apabila kekurangan perhatian daripada ibu bapa. Siapa harus dipersalahkan?. Kemanakah sikap keperimanusiaan sebagai orang dewasa?. Akhirnya hak asasi budak perempuan ini tidak terbela sehingga terjebak dalam kes keldai dadah.


 Contoh keratan akhbar yang turut menyatakan lagi isu keldai dadah

Monday 7 March 2016

Adakah Masyarakat Benar-benar Memahami Erti Sebenar Hak Asasi Manusia?



Masyarakat dunia kebanyakannya mengetahui Hak Asasi Manusia namun sejauhmanakah mereka mempraktikkannya untuk kesejahteraan dan keamanan sejagat? Apakah punca mereka mengabaikan hak asasi manusia?. Sikap mementingkan diri sendiri atau ketidakperimanuasiaan yang wujud dalam diri mereka yang menyebabkan hak asasi manusia tergugat. Banyak isu berkaitan hak asasi manusia sama ada di peringkat antarabangsa ataupun dalam negara sendiri yang telah diutarakan dan akan dibongkarkan dalam laman ini. Sebelum itu, mari kita  bersama-sama memahami maksud Hak Asasi Manusia yang tertera di bawah ini.


Pengertian Hak Asasi Manusia (Human Right)


Hak Asasi Manusia (HAKAM) adalah hak dasar yang dimiliki oleh seseorang sejak ia dilahirkan sehingga kematian. Setiap manusia mempunyai hak untuk menjalankan kehidupan dan apa yang dikehendakinya dengan bebas tanpa melanggar norma dan tata nilai dalam masyarakat. Selain itu, hak asasi ini wajib untuk dihormati dan dilindungi oleh setiap undang-undang, pemerintah dan setiap negara. Setiap manusia berhak dilindungi secara sama rata antara satu sama lain tanpa dibezakan mengikut taraf dan kuasa seseorang itu. 

Berdasarkan teori para penyelidik:


Miriam Budiarjo berpendapat bahawa hak yang dimiliki oleh setiap orang bersifat universal kerana dimiliki tanpa adanya perbezaan ras, jantina, suku, budaya, agama dan sebagainya.



John Locke menjelaskan bahawa Hak Asasi Manusia adalah hak yang dibawa sejak lahir yang secara semula jadi melekat pada setiap manusia dan tidak dapat diganggu dan dipisahkan. Selain itu, HAKAM merupakan hak semula jadi pada diri manusia yang merupakan anugerah atau pemberian langsung dari tuhan namun pada masa kini, sudah banyak hak asasi yang dilanggar oleh manusia demi mempertahankan hak peribadi mereka.