HOME

Monday 7 March 2016

Adakah Masyarakat Benar-benar Memahami Erti Sebenar Hak Asasi Manusia?



Masyarakat dunia kebanyakannya mengetahui Hak Asasi Manusia namun sejauhmanakah mereka mempraktikkannya untuk kesejahteraan dan keamanan sejagat? Apakah punca mereka mengabaikan hak asasi manusia?. Sikap mementingkan diri sendiri atau ketidakperimanuasiaan yang wujud dalam diri mereka yang menyebabkan hak asasi manusia tergugat. Banyak isu berkaitan hak asasi manusia sama ada di peringkat antarabangsa ataupun dalam negara sendiri yang telah diutarakan dan akan dibongkarkan dalam laman ini. Sebelum itu, mari kita  bersama-sama memahami maksud Hak Asasi Manusia yang tertera di bawah ini.


Pengertian Hak Asasi Manusia (Human Right)


Hak Asasi Manusia (HAKAM) adalah hak dasar yang dimiliki oleh seseorang sejak ia dilahirkan sehingga kematian. Setiap manusia mempunyai hak untuk menjalankan kehidupan dan apa yang dikehendakinya dengan bebas tanpa melanggar norma dan tata nilai dalam masyarakat. Selain itu, hak asasi ini wajib untuk dihormati dan dilindungi oleh setiap undang-undang, pemerintah dan setiap negara. Setiap manusia berhak dilindungi secara sama rata antara satu sama lain tanpa dibezakan mengikut taraf dan kuasa seseorang itu. 

Berdasarkan teori para penyelidik:


Miriam Budiarjo berpendapat bahawa hak yang dimiliki oleh setiap orang bersifat universal kerana dimiliki tanpa adanya perbezaan ras, jantina, suku, budaya, agama dan sebagainya.



John Locke menjelaskan bahawa Hak Asasi Manusia adalah hak yang dibawa sejak lahir yang secara semula jadi melekat pada setiap manusia dan tidak dapat diganggu dan dipisahkan. Selain itu, HAKAM merupakan hak semula jadi pada diri manusia yang merupakan anugerah atau pemberian langsung dari tuhan namun pada masa kini, sudah banyak hak asasi yang dilanggar oleh manusia demi mempertahankan hak peribadi mereka.










1 comment:

  1. ulasan definisi tentang hak asasi manusia yang baik dan info yang diberikan sangat tepat.

    ReplyDelete