PROFIL DAN BIOGRAFI DATO
ONN JAAFAR
Dato’ Onn Bin Jaafar
seorang tokoh politik dan pentadbiran yang menonjol sebelum Tanah Melayu Merdeka.
Sumbangan beliau ialah membangkitkan semangat kesedaran kebangsaan Melayu dan
memimpin orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka yang telah
dilenyapkan oleh penjajah British.
Kehidupannya menjadi
lebih berdarjat kerana keluarganya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan
kerabat Diraja Johor.
Dato’ Onn dihantar ke
Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mempelajari bahasa Melayu oleh ayahnya.
Beliau telah membawa hikayat-hikayat Melayu dan mempelajari tulisan jawi.
Beliau telah dihalau
ke Singapura oleh Sultan Ibrahim atas beberapa sebab. Oleh itu, beliau telah
menceburkan diri dalam bidang kewartawanan dan telah menjadi pengarang Warta
Malaya pada tahun 1930. Beliau telah mengendalikan empat buah akhbar dalam masa
enam tahun. Beliau kerap mengkritik pentadbiran British di dalam penulisan akhbar.
Penglibatannya di
dalam akhbar-akhbar tersebut telah menjadikannya salah seorang penggerak
gerakan semangat kebangsaan Melayu 1930-an.
PERANAN DATO’ ONN
JAAFAR DALAM PENENTANGAN MALAYAN UNION
Dato' Onn Jaafar salah seorang
pejuang kemerdekaan, antaranya menuntut hak keistimewaan orang Melayu dan
Raja-raja Melayu yang telah dilenyapkan melalui penguatkuasaan Gagasan Malayan
Union.
Dato’ Onn telah
memimpin orang Melayu dalam menentang Malayan Union dengan mengesyorkan satu
pertubuhan kebangsaan diadakan bagi mewakili orang Melayu di dalam menentang
Malayan Union. Pertubuhan itu dinamakan United Malays Organization (U.M.O)
Antara sebab
penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union adalah seperti berikut:
i. Kuasa
Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa
dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat
Melayu.
ii. Pemberian hak
kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui
prinsip jus soli.
prinsip jus soli.
iii. Hak sama rata
kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
iv. Cara Harold
MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara
paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu
menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta
pemerintahan.
Orang Melayu mula
mengadakan beberapa rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union.
Keberhasilan orang Melayu membubarkan Malayan
Union memperlihatkan kejayaan orang Melayu mengembalikan semula kuasa dan
martabat Raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment