Di sini saya akan mengupas apa yang
dimaksudkan dengan Anomie. Ermm... ramai yang kurang memahami malahan ada juga
yang tidak mengetahui kewujudan perkataan Anomie ini. Adakah Anomie berkaitan
dengan norma perilaku masyarakat? Jawapannya, YA..
TEORI ANOMIE
“as state of
lawlessness existing at times of abrupt social change,
and affecting in
particular the state of ‘normlessness’, which exists when the insatiable desires of
humans are no longer controlled
by society”
(Durkheim, E., 1933,
The Division of Labour in Society, Glencoe, Illinois: Free Press)
Istilah Anomi ini diperkenalkan oleh
Emile Durkheim melalui bukunya The Division of Labor in Society (1893)
yang menjelaskan keadaan “deregulation” di dalam masyarakat yang di artikan
sebagai tidak ditaatinya peraturan-peraturan yang terdapat pada masyarakat
sehingga orang tidak tahu apa yang diharapkan dari orang lain dan keadaan ini
menyebabkan deviasi. Beliau berpendapat bahawa suatu keadaan di mana norma
tingkah laku juga menjadi kurang jelas. Contohnya, individu yang sanggup
membunuh diri disebabkan oleh perubahan sosial atau keadaan di
sekitar manusia contohnya desakan hidup kerana masalah ekonomi dan keadaan
masyarakat sekeliling.
Anomie adalah segala tindakan yang
melanggar nilai masyarakat. Hal ini menyebabkan perubahan sosial dalam
masyarakat sehingga menimbulkan banyak kesan negatif yang mempengaruhi
tingkah-laku mereka. Anomie lebih menekankan kepada isu kemasyarakatan. Selain
itu, Anomie merupakan situasi di mana individu melanggar nilai-nilai sosial
(norma) yang ada dalam masyarakat sehingga tidak dapat menentukan perkara yang
baik dan buruk. Nilai-nilai ini hilang kerana perubahan sosial. Hal ini
menyebabkan individu menjadi bingung untuk menentukan nilai dalam kehidupan
mereka. Oleh sebab itu, individu akan merasa bebas untuk melakukan tindakan
yang kurang wajar dan tak bermoral. Nilai-nilai yang longgar telah menyebabkan
kesesatan dan penyelewengan sehingga menimbulkan ketidakharmonian dalam
kehidupan masyarakat.
Mahukan contoh bagi isu Anomie?. Di sini
saya telah selitkan isu yang telah melanggar norma masyarakat hari ini di mana
ia salah satu contoh anomie. Kes pembuangan bayi salah satu yang melanggar
norma masyarakat. Selain itu, bayi yang takde dosa dibunuh. Ini
kerana ibu tersebut hilang arah pedoman disebabkan persekitaran sosial dan
tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan, jauh daripada sifat seorang ibu yang
penyayang. Berikut merupakan contoh kes yang dipetik daipadad Berita Harian
Online.
Sumber: Berita Harian Online
Kecelaruan Sosial Punca Kes Pembuangan Bayi
NEGARA
kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi
ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan
pembangunan fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik,
seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan
ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, polis menahan seorang wanita dipercayai
ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh
rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek
berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah
berkenaan yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta
bapa mentuanya. Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik,
mencekik bayi sebelum ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang
sanggup menanam bayi hidup-hidup. Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan
sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu
percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan
internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak
dalam gejala pembuangan bayi. Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga
berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini
menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku
seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang
bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.
No comments:
Post a Comment