PROFIL DAN BIOGRAFI MAHATMA GANDHI
Mahatma Gandhi adalah salah seorang yang paling berpengaruh dalam proses
Gerakan Kemerdekaan India. Ia bersama rakyat India berjuang untuk mendapatkan kebebasan
dari penjajahan Inggris.
Nama asli beliau ialah Mohandas
Karamchand Gandhi. Mahatma Gandhi lahir pada tanggal 2 Oktober 1869 di
Porbandar, Gujarat, India. Mahatma hanya sebuah gelaran yang
diberikan untuk Gandhi, yang merupakan sebuah kata dalam bahasa Sanskerta yang
berasal dari dua kata iaitu maha (besar) dan atma (jiwa).
Pada tahun 1891, saat ia
berusia 22 tahun, ia pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pendidikan
yang lebih tinggi dalam Fakulti Undang-Undang di University
College, London. Kemudian,beliau bekerja di syarikat India di Afrika Selatan.
Mahatma Gandhi pulang ke India bagi membantu negaranya menuntut kemerdekaan dari jajahan Inggeris dan menjadi pemimpin dalam perjuangan tersebut.
Dalam proses menggapai kemerdekaan
tersebut, rakyat yang memiliki agama dan suku yang
berbeza yang hidup di India pada saat itu saling bersatu untuk membantu satu
sama lain demi kepentingan bersama iaitu menggapai sebuah kemerdekaan.
Mahatma Gandhi bersama rakyat India
melancarkan gerakan pahlawan tanpa kekerasan pada pihak Inggris. Gerakan ini
memberikan inspirasi bagi rakyat India, sehingga tahun 1919, gerakan tersebut
mendapat sokongan dari hampir seluruh masyarakat India. Dalam gerakan yang beliau lakukan, beliau memperkenalkan istilah Satyagraha yang mempunyai erti
"kebenaran dan keteguhan" yang disampaikan pada rakyat India.
Akhirnya, India berhasil memperoleh kemerdekaan
pada tahun 1947 hasil perjuangan yang dilakukan rakyat India. Namun, banyak
yang ingin para pemeluk agama Hindu dan Islam untuk mempunyai negara sendiri.
Setelah India merdeka telah pecah menjadi dua negara iaitu India dan Pakistan.
Pada 30 Januari 1948, saat Gandhi
berada di New Delhi ada seorang fanatik dari agama Hindu yang membunuhnya dengan
senjata kerana Gandhi yang beragama Hindu saat itu dinilai memihak pada agama
Islam.
Gandhi adalah seorang yang tidak membeza-bezakan agama dan dikenali sebagai tokoh perjuang anti kekerasan, keadilan dan pendamaian di dunia.
Gandhi adalah seorang yang tidak membeza-bezakan agama dan dikenali sebagai tokoh perjuang anti kekerasan, keadilan dan pendamaian di dunia.
No comments:
Post a Comment