HOME

Wednesday, 8 June 2016

MAHASISWA DAN HAK MENGUNDI

Coretan kali ini adalah berkisahkan hak mengundi bagi mahasiswa. UKM juga tidak terlepas daripada politik kampus yang sangat aktif. Perhimpunan, Manisfesto daripada calon pelajar sama ada Pro-kerajaan (Aspirasi) atau Pro-pembangkang (Gabungan Mahasiswa UKM) menjadi kewajipan apabila menjelang Pilihan raya kampus. Pelbagai janji, khabar angin dan helah akan wujud bagi meraih undi. Buat pertama kalinya saya sebagai pelajar tahun satu di UKM ini keluar mengundi pada PRK 2015/2016 tetapi apa yang saya nampak tiada ketelusan dalam Pilihan Raya Kampus. PRK sebenarnya bertujuan untuk memberi pendidikan awal dan pengalaman kepada mahasiswa untuk memilih Parti Pemimpin mereka sama juga seperti di kampus mahasiswa berhak memilih siapa pemimpin yang layak untuk mengetengahkan suara atau pendapat mahasiswa kepada pihak atasan.  

     Sedar atau tidak, ramai mahasiswa di Malaysia ini mengambil remeh tentang Pilihan raya di Malaysia. Mereka hanya menumpukan kehidupan di kampus tanpa mengetahui apa-apa mengenai isu semasa. Bagi golongan mahasiswa tersebut, apa yang berlaku mengenai isu semasa terutamanya dasar kerajaan tidak memberi kesan terhadap hidup mereka. Sebenarnya apa dinikmati oleh golongan mahasiswa pada masa ini adalah hasil daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini.
    Oleh sebab itu, Allahyarham Dato’ Hussien Onn telah membentangkan Akta Universiti dan Kolej Antarabangsa (AUKU). Namun, ia dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
      Tujuan utama mahasiswa ke universiti adalah untuk belajar dan bukan untuk berpolitik. Oleh itu, AUKU tidak perlu dimansuhkan, cukup sekadar dipinda beberapa seksyen. Kesedaran mahasiswa berpolitik kini lebih tinggi. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan sumber yang dipetik dari Berita Harian.

AUKU tak bercanggah Perlembagaan: Pakar
KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan dan pengamal undang-undang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak bermakna akta berkenaan tidak sah atau bercanggah sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan. 
Sebaliknya, ia hanya membabitkan peruntukan yang melarang penuntut universiti menunjukkan sokongan, menyatakan rasa simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik, di dalam atau luar negara.
Pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata keputusan itu memberikan gambaran bahawa mahkamah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membuat tafsiran terhadap undang-undang berdasarkan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

“Kita raikan keputusan ini kerana AUKU itu sendiri mempunyai banyak persoalan mengenai sama ada pelajar universiti boleh menyertai politik, berpersatuan atau memberikan pendapat mereka (kebebasan untuk bersuara) seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan (menerusi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan). 

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa mahkamah mengiktiraf hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, di mana mahkamah membuat tafsiran ke atas undang-undang berkenaan berasaskan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan selepas permohonan mengenai perkara itu dikemukakan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mencabar peruntukan 15(5)(a) AUKU selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil di kawasan itu April tahun lalu. 

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan UKM di bawah peruntukan AUKU tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang serta mencabarnya di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

Shamrahayu juga berkata, kerajaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan itu yang dianggap bersejarah dan bakal menjadi nas undang-undang dalam kes berkaitan. 
Pengamal undang-undang, Datuk Hafarizam Harun pula berkata keputusan mahkamah itu menunjukkan perkembangan undang-undang lazim (common law) di negara ini progresif. 

“Saya lihat keputusan ini secara tidak langsung menunjukkan pemisahan kuasa yang jelas antara badan eksekutif, kehakiman dan perundangan negara. 
Walaupun undang-undang itu digubal di Parlimen tetapi ia masih boleh dikaji badan kehakiman dengan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya,” katanya.

Pada pendapat saya, setiap daripada kita yang bergelar mahasiswa telah mempunyai 2 hak. Antara hak yang pertama adalah hak mendapat kebebasan akademik dan hak kedua adalah untuk mengundi pemimpin atasan. Oleh sebab itu di mana-mana IPTA mahupun IPTS apabila untuk memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) mereka akan menggunakan sistem undian seperti Pilihan raya. Namun walaupun sudah didedahkan sistem Pilihan raya ketika di Universiti, masih ramai mahasiswa yang memandang remeh tentang daftar pemilih. Kita sebagai mahasiswa sebenarnya harus sedar bertapa pentingnya pilihan raya kerana itu yang akan menentukan nasib kehidupan generasi akan datang. 

No comments:

Post a Comment