HOME

Thursday, 9 June 2016

ISU PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan bermaksud perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak terutamanya di bawah umur 18 tahun sama ada penderaan fizikal ataupun mental. 

Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meningkat di Malaysia malahan ada juga kes penderaan remaja OKU. Hal ini telah membuktikan bahawa orang dewasa kurang sifat berperikemanusiaan terhadap anak kecil. Hal ini mungkin disebabkan oleh tekanan pekerjaan, masalah ekonomi dan krisis rumahtangga.


Penderaan kanak-kanak adalah satu jenayah kerana telah melanggar hak asasi kanak-kanak.
Oleh sebab itu,  dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. 

Konvesyen Hak Kanak kanak yang dibentangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 yang merupakan dokumen perlindungan kanak-kanak daripada: 
                - penderaan
                - eksploitasi
                - pengabaian
                - jaminan kanak-kanak mendapatkan haknya






Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, adalah tidak mencukupi.

Pindaan akta kanak-kanak yang komprehensif bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, sedang di peringkat akhir untuk disiapkan, sebelum dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.

Ini kerana hukuman dikenakan ke atas pendera dilihat tidak setimpal dengan perbuatan si pelaku yang meninggalkan kesan kekal kepada mangsa kanak-kanak dari aspek fizikal, seksual dan emosi.

Kesimpulannya, ibu bapa atau penjaga mesti dikenakan hukuman yang berat dan diberikan kaunseling agar mereka menginsafi tindakan mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak merupakan modal insan yang penting untuk masa depan negara yang perlu dilindungi.  Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif tambahan lagi mereka mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan dan hidup dengan selesa. Tegakah kita untuk mendera kanak-kanak yang lemah ini?



Bapa Tiri Dera Anak OKU Ditahan Reman

BESUT 30 April - Seorang bapa tiri direman selama empat hari kerana dipercayai mendera anak tirinya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (gambar) berkata suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam.
Beliau berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dipercayai sering dipukul hingga lebam pada pipi dan badan.
"Ibu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut kepada suaminya. Dia hanya akan menyapu ubat pada anaknya setelah suaminya keluar bekerja," katanya kepada pemberita.
Kes kanak-kanak tersebut kini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Besut. - BERNAMA

Sumber: Utusan Online


No comments:

Post a Comment