HOME

Monday, 30 May 2016

PEJUANG DALAM MENENTANG MALAYAN UNION - Dato' Onn Bin Jaafar

PROFIL DAN BIOGRAFI DATO ONN JAAFAR


Dato’ Onn Bin Jaafar seorang tokoh politik dan pentadbiran yang menonjol sebelum Tanah Melayu Merdeka. Sumbangan beliau ialah membangkitkan semangat kesedaran kebangsaan Melayu dan memimpin orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka yang telah dilenyapkan oleh penjajah British.

Kehidupannya menjadi lebih berdarjat kerana keluarganya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kerabat Diraja Johor.

Dato’ Onn dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mempelajari bahasa Melayu oleh ayahnya. Beliau telah membawa hikayat-hikayat Melayu dan mempelajari tulisan jawi.

Beliau telah dihalau ke Singapura oleh Sultan Ibrahim atas beberapa sebab. Oleh itu, beliau telah menceburkan diri dalam bidang kewartawanan dan telah menjadi pengarang Warta Malaya pada tahun 1930. Beliau telah mengendalikan empat buah akhbar dalam masa enam tahun. Beliau kerap mengkritik pentadbiran British di dalam penulisan akhbar.

Penglibatannya di dalam akhbar-akhbar tersebut telah menjadikannya salah seorang penggerak gerakan semangat kebangsaan Melayu 1930-an.


PERANAN DATO’ ONN JAAFAR DALAM PENENTANGAN MALAYAN UNION


Dato' Onn Jaafar salah seorang pejuang kemerdekaan, antaranya menuntut hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-raja Melayu yang telah dilenyapkan melalui penguatkuasaan Gagasan Malayan Union.

Dato’ Onn telah memimpin orang Melayu dalam menentang Malayan Union dengan mengesyorkan satu pertubuhan kebangsaan diadakan bagi mewakili orang Melayu di dalam menentang Malayan Union. Pertubuhan itu dinamakan United Malays Organization (U.M.O)

Antara sebab penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union adalah seperti berikut:

i.       Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. 
ii.      Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui
prinsip jus soli. 
iii.    Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. 
iv.   Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan. 

Orang Melayu mula mengadakan beberapa rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Keberhasilan orang Melayu membubarkan Malayan Union memperlihatkan kejayaan orang Melayu mengembalikan semula kuasa dan martabat Raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Sunday, 29 May 2016

TOKOH PEJUANG HAK ASASI MANUSIA - Mahatma Gandhi


PROFIL DAN BIOGRAFI MAHATMA GANDHI





Mahatma Gandhi adalah salah seorang yang paling berpengaruh dalam proses Gerakan Kemerdekaan India. Ia bersama rakyat India berjuang untuk mendapatkan kebebasan dari penjajahan Inggris. 

Nama asli beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi. Mahatma Gandhi lahir pada tanggal 2 Oktober 1869 di Porbandar, Gujarat, India. Mahatma hanya sebuah gelaran yang diberikan untuk Gandhi, yang merupakan sebuah kata dalam bahasa Sanskerta yang berasal dari dua kata iaitu maha (besar) dan atma (jiwa).

Pada tahun 1891, saat ia berusia 22 tahun, ia pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pendidikan yang lebih tinggi dalam Fakulti Undang-Undang di University College, London. Kemudian,beliau bekerja di syarikat India di Afrika Selatan. 

Mahatma Gandhi pulang ke India bagi membantu negaranya menuntut kemerdekaan dari jajahan Inggeris dan menjadi pemimpin dalam perjuangan tersebut

Dalam proses menggapai kemerdekaan tersebut, rakyat yang memiliki agama dan suku yang berbeza yang hidup di India pada saat itu saling bersatu untuk membantu satu sama lain demi kepentingan bersama iaitu menggapai sebuah kemerdekaan.

Mahatma Gandhi bersama rakyat India melancarkan gerakan pahlawan tanpa kekerasan pada pihak Inggris. Gerakan ini memberikan inspirasi bagi rakyat India, sehingga tahun 1919, gerakan tersebut mendapat sokongan dari hampir seluruh masyarakat India. Dalam gerakan yang beliau lakukan, beliau memperkenalkan istilah Satyagraha yang mempunyai erti "kebenaran dan keteguhan" yang disampaikan pada rakyat India. 

Akhirnya, India berhasil memperoleh kemerdekaan pada tahun 1947 hasil perjuangan yang dilakukan rakyat India. Namun, banyak yang ingin para pemeluk agama Hindu dan Islam untuk mempunyai negara sendiri. Setelah India merdeka telah pecah menjadi dua negara iaitu India dan Pakistan.

Pada 30 Januari 1948, saat Gandhi berada di New Delhi ada seorang fanatik dari agama Hindu yang membunuhnya dengan senjata kerana Gandhi yang beragama Hindu saat itu dinilai memihak pada agama Islam. 

Gandhi adalah seorang yang tidak membeza-bezakan agama dan dikenali sebagai tokoh perjuang anti kekerasan, keadilan dan pendamaian di dunia.



  

LAGU: HEAL THE WORLD - MICHEAL JACKSON (LIRIK DAN TERJEMAHAN)


There's a place in your heart
Ada sebuah tempat di hatimu
And I know that it is love
Dan kutahu ia adalah cinta
And this place could be much
Dan tempat ini bisa jadi
Brighter than tomorrow
Jauh lebih terang dari hari esok
And if you really try
Dan jika kau benar-benar berusaha
You'll find there's no need to cry
kan kau temukan bahwa tak perlunya menangis
In this place you'll feel
Di tempat ini kau kan merasa
There's no hurt or sorrow
Tak ada duka atau nestapa
There are ways to get there
Ada banyak cara tuk sampai ke sana
If you care enough for the living
Jika kau peduli pada kehidupan
Make a little space, make a better place
Berilah ruang kecil, jadikanlah tempat yang lebih baik

CHORUS
Pulihkan dunia
Make it a better place
Jadikan dunia ini tempat yang lebih baik
For you and for me and the entire human race
Untukmu dan untukku dan seluruh manusia
There are people dying
Banyak orang mati
If you care enough for the living
Jika kau peduli pada kehidupan
Make a better place
Jadikan tempat yang lebih baik
For you and for me
Untukmu dan untukku
If you want to know why
Jika kau ingin tahu kenapa
There's a love that cannot lie
Ada cinta yang tak dapat berdusta
Love is strong
Cinta itu kuat
It only cares for joyful giving
Ia hanya peduli pada pemberian yang ikhlas
If we try we shall see
Jika kita berusaha kita kan melihat
In this bliss we cannot feel
Di dalam kebahagiaan ini kita tak dapat merasakan
Fear or dread
Ketakutan atau kengerian
We stop existing and start living
Kita berhenti ada dan mulai hidup
Then it feels that always
Kemudian selalu terasa 
Love's enough for us 
saja cukup bagi kita untuk tumbuh
Make a better world, make a better world
Jadikan dunia yang lebih baik


CHORUS
And the dream we would conceived in
Dan impian yang kita angan-angankan
Will reveal a joyful face
Kan tunjukkan wajah ceria
And the world we once believed 
dunia yang pernah kita yakini
Will shine again in grace
Kan bersinar lagi dengan eloknya
Then why do we keep strangling life
Lalu kenapa kita terus saja mencekik kehidupan
Wound this earth, crucify it's soul
Melukai dunia ini, menyalib jiwanya
Though it's plain to see, this world is 
kelihatan sederhana, dunia ini bagian dari surga
Be God's glow
Jadilah kilau Tuhan
We could fly so high
Kita bisa terbang sangat tinggi
Let our spirits never die
Jangan biarkan jiwa kita mati
In my heart I feel
Di hatiku kurasakan
You are all my brothers
Kalian semua adalah saudaraku
Create a world with no fear
Ciptakan dunia tanpa rasa takut
Together we'll cry happy tears
Bersama-sama kita kan menangis gembira
See the nations turn their swords into plowshares
Melihat negara-negara mengganti pedang mereka dengan bajak 
We could really get there
Kita bisa benar-benar sampai di sana
If you cared enough for the living
Jika kau peduli pada kehidupan
Make a little space to make a better place
Berilah ruang kecil tuk membuat tempat yang lebih baik
                                                       
CHORUS (3x)
(2x)
There are people dying
Banyak orang mati
If you care enough for the living
Jika kau peduli pada kehidupan
Make a better place
Jadikan tempat yang lebih baik
For you and for me (3x)
Untukmu dan untukku
You and for me / Make a better place
Untukmu dan untukku / jadikan tempat yang lebih baik
(4x)
You and for me / Heal the world we live in
Untukmu dan untukku / pulihkan dunia tempat tinggal kita
You and for me / Save it for our children
Untukmu dan untukku / selamatkan untuk anak-anak kita


Saya amat tertarik dengan lirik lagu Heal The World yang mengisahkan tentang hak bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Berdasarkan lirik lagu diatas, saya berpendapat bahawa setiap manusia berhak mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan aman. Bagi sayalah mereka perlu berusaha untuk mengubah kehidupan mereka, sampai bila mereka hendak membiarkan diri diseksa. Oleh itu, kita perlu menyelamatkan dunia dari dunia penipuan dan peperangan kerana kesannya membawa kematian dan tangisan serta kanak-kanak juga turut menjadi mangsa. Akhirnya, marilah bersama pulihkan dunia dari dunia kemurungan kepada kehidupan yang lebih bahagia dan aman kerana setiap manusia berhak mendapatkan kebebasan dan keceriannya.

Sumber: Youtube

LAGU: PALESTINE WILL BE FREE- MAHER ZAIN (LIRIK DAN TERJEMAHAN)


PALESTINE WILL BE FREE

Every day we tell each other
Setiap hari, kita memberitahu satu sama lain
That this day will be, will be the last
Bahwa hari ini kan jadi hari terakhir
And tomorrow we all can go home free
Dan esok hari kita semua kan pulang dengan bebas
And all this will finally end
Dan semua ini akhirnya kan selesai
Palestine tomorrow will be free
Palestine kan merdeka esok
Palestine tomorrow will be free
Palestine kan merdeka esok

No mother no father to wipe away my tears
Tidak ada ayah ibu yang menghapus air mataku
That's why I won't cry
Itulah alasannya aku takkan menangis
I feel scared but I won't show my fears
Aku merasa takut tapi aku takkan tunjukkan rasa takutku
I keep my head high
Aku takkan tundukkan kepalaku
Deep in my heart I never have any doubt that
Jauh di lubuk hatiku, aku tak pernah ragu bahwa
Palestine tomorrow will be free
Palestine kan merdeka esok
Palestine tomorrow will be free
Palestine kan merdeka esok

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Aku melihat roket dan bom itu bersinar di langit
Like drops of rain in the sun's light
Seperti titisan air hujan di sinar mentari
Takin away everyone dear to my heart
Mengambil nyawa semua orang terdekatku
Destroying my dreams in a blink of an eye
Menghancurkan impianku dalam sekejap mata
What happened to our human rights?
Apa yang terjadi pada hak asasi manusia kita
What happened to the sanctity of life?
Apa yang terjadi pada kesucian hidup
And all those other lies?
Dan semua kebohongan itu?
I know that I'm only a child
Aku tahu aku hanya budak
But is your conscience still alive?
Tapi kesedaranmu masih hidup
Ooooooh ... Yeaaah

I will caress with my bare hands
Kan kupeluk dengan tangan kosongku
Every precious grain of sand
Setiap butiran pasir yang berharga
Every stone and every tree
Setiap batu dan setiap pohon
Cuz no matter what they do
Karena tak peduli apa pun yang mereka lakukan
They can never hurt you
Mereka takkan pernah melukaimu
Cuz your soul will always be free
Karena jiwaku kan selalu bebas

Palestine tomorrow will be free
Palestine kan merdeka besok
Palestine tomorrow will be free
Palestine kan merdeka besok

Lagu ini mengisahkan sebuah negara Islam yang telah dijajah dan dinafikan hak ke atas negara yang sepatutnya rakyatnya hidup dengan bebas. Setiap hari roket dan bom digunakan oleh penceroboh iaitu Rejim Zionis yang akan mencari mangsa korbannya. Anak-anak kecil kehilangan ibu bapanya sekali gus menghancurkan impiannya. Namun mereka tetap bangkit dan sentiasa berusaha bermati-matian mempertahankan negara mereka tanpa batasan umur demi menuntut keamanan dan kebebasan negara Palestine menjadi milik mereka suatu hari nanti. Lagu ini turut mendoakan Palestine akan MERDEKA suatu hari nanti.

Pada pendapat saya lagu ini menggambarkan hak asasi manusia yang telah di gugat dan tidak dipedulikan kerana setiap hari ada nyawa yang terkorban, manusia tidak dapat menjalani kehidupan dengan aman. Dalam UDHR artikel 3 dan 5, setiap orang mempunyai hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri yang terjamin dan bebas daripada layanan atau hukuman yang zalim yang tidak berperikemanusiaan. Kebanyakan negara juga menyokong kebebasan negara Palestine dan memperjuangkan hak asasi ke atas mereka serta menagih bantuan campur tangan Amerika, walaupun mereka tahu Amerika adalah sekutu & penyokong kuat kezaliman Israel. PBB cuba mendesak namun suara pertubuhan besar dunia ini seperti ’suara’ seekor semut! Sehingga kini Israel tidak mahu membebaskan Palestine malah mengakui bahawa sebahagian tanah Palestine yang dirampas telah menjadi negaranya.
           
Sumber: Youtube

Thursday, 26 May 2016

PIAGAM MADINAH

Dalam hidup ini, peraturan ada di mana-mana betul kan?. Ya betul, Zaman Rasulullah pun telah wujudnya peraturan atau perjanjian iaitu Piagam Madinah. Dulu masa di tingkatan 4 ada belajar mengenai piagam Madinah dalam subjek Sejarah bab 5.

Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang telah dirangka oleh Nabi Muhamad s.a.w pada tahun 622M.

Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.

Piagam ini mencatatkan tentang tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan Suku Arab yang lain).

Mengandungi 47 fasal, 23 fasal daripadanya membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.

Rumusan Piagam Madinah dalam 7 aspek:

Pentadbiran
i.                Nabi Muhamad pemimpin di Madinah.
ii.              Baginda sebagai hakim yang menyelesaikan masalah antara Orang Islam dan Bukan                            Islam.

Agama
i.                Bebas mengamalkan sebarang agama
ii.              Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam

Sosial
i.                Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap                           negara.
ii.               Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

Perundangan
i.                Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah                       boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
ii.               Undang-undang Islam menekankan pengingsafan dan bukannya jatuhan hukuman.
iii.              Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.

Pertahanan
i.                Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara.

Ekonomi
i.                Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
ii.              Unsur tipu dan riba dalam perniagaan dihapuskan.

Kedudukan Kaum Yahudi
i.                Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan                                 Madinah.



KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

1.      Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah.
          -   Hidup dalam bersatu padu dan aman menerusi semangat ukhuwah islamiah.
2.      Pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai    undang-undang yang lengkap dan sempurna.
3.      Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum  mengasaskan sebuah kerajaan
4.      Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.


ISU HAK ASASI MANUSIA DALAM PIAGAM MADINAH

1. Kebebasan beragama dalam kalangan masyarakat di Madinah. Mereka bebas memilih agama yang hendak dianuti sama ada agama nenek moyang ataupun agama Islam.
2. Hak memperoleh keadilan dimana orang bukan Islam juga berhak mendapatkan perlindungan keselamatan.
3. Hak untuk hidup di mana masyarakat Islam dan bukan Islam berhak untuk hidup aman tanpa sebarang permusuhan.

What Is ANOMIE?

Di sini saya akan mengupas apa yang dimaksudkan dengan Anomie. Ermm... ramai yang kurang memahami malahan ada juga yang tidak mengetahui kewujudan perkataan Anomie ini. Adakah Anomie berkaitan dengan norma perilaku masyarakat? Jawapannya, YA..

TEORI ANOMIE

“as state of lawlessness existing at times of abrupt social change, and  affecting in
 particular the state of ‘normlessness’, which exists when the insatiable desires of
humans are no longer controlled by society”
(Durkheim, E., 1933, The Division of Labour in Society, Glencoe, Illinois: Free Press)

 Istilah Anomi ini diperkenalkan oleh Emile Durkheim melalui bukunya The Division of Labor in Society (1893) yang menjelaskan keadaan “deregulation” di dalam masyarakat yang di artikan sebagai tidak ditaatinya peraturan-peraturan yang terdapat pada masyarakat sehingga orang tidak tahu apa yang diharapkan dari orang lain dan keadaan ini menyebabkan deviasi. Beliau berpendapat bahawa suatu keadaan di mana norma tingkah laku juga menjadi kurang jelas. Contohnya, individu yang sanggup membunuh diri disebabkan oleh perubahan sosial atau  keadaan di sekitar manusia contohnya desakan hidup kerana masalah ekonomi dan keadaan masyarakat sekeliling.


Anomie adalah segala tindakan yang  melanggar nilai masyarakat. Hal ini menyebabkan perubahan sosial dalam masyarakat sehingga menimbulkan banyak kesan negatif yang mempengaruhi tingkah-laku mereka. Anomie lebih menekankan kepada isu kemasyarakatan. Selain itu, Anomie merupakan situasi di mana individu melanggar nilai-nilai sosial (norma) yang ada dalam masyarakat sehingga tidak dapat menentukan perkara yang baik dan buruk. Nilai-nilai ini hilang kerana perubahan sosial. Hal ini menyebabkan individu menjadi bingung untuk menentukan nilai dalam kehidupan mereka. Oleh sebab itu, individu akan merasa bebas untuk melakukan tindakan yang kurang wajar dan tak bermoral. Nilai-nilai yang longgar telah menyebabkan kesesatan dan penyelewengan sehingga menimbulkan ketidakharmonian dalam kehidupan masyarakat.


Mahukan contoh bagi isu Anomie?. Di sini saya telah selitkan isu yang telah melanggar norma masyarakat hari ini di mana ia salah satu contoh anomie. Kes pembuangan bayi salah satu yang melanggar norma masyarakat. Selain itu, bayi yang takde dosa dibunuh. Ini kerana ibu tersebut hilang arah pedoman disebabkan persekitaran sosial dan tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan, jauh daripada sifat seorang ibu yang penyayang. Berikut merupakan contoh kes yang dipetik daipadad Berita Harian Online. 


Kecelaruan Sosial Punca Kes Pembuangan Bayi

NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan pembangunan fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik, seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah berkenaan yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta bapa mentuanya. Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik, mencekik bayi sebelum ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang sanggup menanam bayi hidup-hidup. Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi. Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.