HOME

Saturday 11 June 2016

HAK PENGGUNA

Baru sehari berpuasa, ratusan pengguna mengadu bazar cekik darah
KUALA LUMPUR, 8 Jun — Lebih 200 pengguna membuat aduan melibatkan kenaikan harga barang di bazar Ramadan di seluruh negara pada hari pertama berpuasa, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia.
Presidennya Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata, antaranya adalah peniaga tidak meletakkan tanda harga dan harga makanan yang mahal.
Kebanyakannya melibatkan aduan di Selangor, Pahang, Perak, Johor, dan Sabah, hasil tinjauan Biro Pemantauan badan bukan kerajaan itu.
“Kebanyakan pengguna yang membuat aduan rasa tertipu dengan harga makanan yang mahal seperti ayam golek iaitu RM14 kepada RM18 seekor dan dua biji karipap bersaiz kecil berharga RM1,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
Beliau menasihati pengguna supaya tidak terlalu ghairah membeli makanan di bazar Ramadan kerana boleh mendorong peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Pada masa sama punca kenaikan harga makanan juga disebabkan pembekal yang menjual dengan harga tinggi, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula.
“Kita lihat 80 peratus harga tersebut dinaikkan oleh pembekal manakala hayna 20 peratus peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan semata-mata,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi.
“Selain pengguna, peniaga kecil-kecilan turut menerima tekanan sehingga terpaksa menaikkan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.”
Katanya, pembekal perlu dipantau agar tidak meletakkan harga yang mahal sesuka hati supaya tidak menyusahkan pengguna dan pemborong.


Bulan Ramadhan sudah tiba, bazar Ramadan bukan saja menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa, malah peluang bagi golongan peniaga mendapat limpahan rezeki. Namun, terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi dan tidak masuk akal, semata-mata bagi mengaut keuntungan melampau.
Kali ini saya ingin membahaskan isu berkaitan hak pengguna. Pengalaman saya sendiri apabila berkunjung ke bazar Ramadan, kebanyakan harga makanan atau kuih muih tidak  sama dengan kuantiti atau saiz yang di jual. Ketika saya pergi ke bazar di Panggung Seni, ada satu gerai yang menjual nasi kerabu dengan harga RM 8 tetapi ia kurang berpatutan dengan harga kerana hanya terdapat nasi dan ayam goreng tanpa keropok dan solok lada. Adakah munasabah mereka mengenakan harga yang agak mahal kepada para pelajar UKM?
Selain itu, pengalaman saya ditipu ketika membeli powerbank di booth jualan barangan komputer di mana penjual mengatakan dan menunjukkan bukti ia barangan ORI tetapi saya hanya dapat menggunakan 2 kali caj sahaja sebelum ia rosak. Agak malang kerana saya tidak boleh menuntut hak saya kembali kerana mereka sudah berpindah tempat.
Antara hak sebagai pengguna ialah:
1.                                      Hak untuk mendapatkan keperluan asas
2.                                      Hak untuk mendapatkan keselamatan
3.                                      Hak untuk mendapatkan maklumat
4.                                      Hak untuk membuat pilihan
5.                                      Hak untuk bersuara
6.                                      Hak untuk mendapatkan ganti rugi
7.                                      Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
8.                                      Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Antara hak dan Undang-Undang yang pengguna perlu tahu:
  Hak pengguna
                  Undang-undang
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
·         Pengguna berhak mendapatkan barangan dan perkhidmatan asas : tempat tinggal, dan kemudahan asas yang lain
·         Akta kawalan harga, 1946 (1973)

·         Akta makanan, 1985
·         Akta timbang dan sukat, 1972
Hak untuk memilih
·         Pengguna bebas untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang diperlukan
·         Akta kontrak, 1950 ( disemak 1974 )
·         Akta jualan barangan, 1957
Hak untuk mendapat ganti rugi
·         Mendapatkan penyelesaian tuntutan keatas barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu
·         Akta kontrak, 1950 ( disemak 1974 )
·         Akta jualan barangan, 1957
Hak mendapat maklumat
·         Mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan supaya tidak ditipu.
·         Akta perihal dagangan, 1972 (pindaan 1980)
·         Akta label, 1980
·         Peraturan makanan, 1985

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna seharusnya tahu akan hak-hak dan undang-undang yang berkaitan hak pengguna. Jika ditipu, kita perlu membuat aduan di  Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melaporkan kegiatan peniaga yang tidak jujur. Pengguna perlu menuntut haknya kerana hak pengguna juga salah satu hak asasi manusia di mana mereka berhak untuk bersuara dan mendapat tahap kehidupan yang selesa sama ada makanan, pakaian atau tempat tinggal. Ini bermaksud pengguna berhak menyuarakan pendapat dan aduan seperti kata-kata tersebut “ Customer always right” serta mendapatkan barang atau perkhidmatan yang sebaiknya.

No comments:

Post a Comment