HOME

Sunday 12 June 2016

CABARAN HAK ASASI MANUSIA

Masih banyak krisis hak asasi manusia perlu diselesaikan antaranya penganiyaan, kemiskinan, pengangguran, tiada tempat perlindungan, pelarian, dan ancaman terhadap kestabilan alam sekitar.
Di sinilah letaknya peranan PBB sebagai badan induk dunia menyelaraskan perlaksanaan Hak Asasi Manusia sejagat. Sebenarnya tidak ada cacat celanya tentang PBB dari segi perancangan PBB berkenaan perlindungan Hak Asasi Manusia, kerana setelah lebih 50 tahun ditubuhkan begitu banyak badan-badan yang dikhususkan untuk melaksanakan tugas masing-masing di bawah PBB.
Apa yang perlu sekarang ialah mencari formula bagaimana ia boleh menjayakan sesuatu rancangan itu dan bukannya tampak hebat dari segi dasarnya sahaja.

Hak Asasi Sejagat dan Perbezaan Budaya.
Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang. Bagaimana Hak Asasi Manusia sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan dengan kebudayaan yang berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai beberapa perbezaan  untuk mendefinisikan hak asasi manusia. Contohnya, Negara Islam  yang melaksanakan hukum rejam sampai mati dikhalayak ramai bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel sebagai pencabul hak asasi manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang dilaksanakan oleh mereka selaras dengan tuntutan agama dan mempunyai hikmah yang tersendiri.
PBB yang berharapan besar supaya isu hak asasi manusia ini diseragamkan mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun deklarasi khas berkenaan hak asasi manusia sejagat telah diwujudkan,  tetapi banyak daripadanya tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa.
Secara jelasnya, Hak asasi manusia diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iaitu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi  dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja.
Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia. Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh dirujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab.

      Dominasi Kuasa besar
Pada asalnya, PBB ditubuhkan adalah untuk semua. Tetapi timbul masalah apabila wujudnya dominasi kuasa besar dalam badan dunia itu. Semuanya bermula dengan kemenangan dalam peperangan dunia kedua dan sumbangan besar dalam penubuhan PBB. Paling dahsyat apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China, dan Rusia, dianugerahkan kuasa veto yang boleh membatalkan apa-apa resolusi PBB yang tidak selaras dengan kehendak mereka. Tambahan pula, mereka adalah anggota tetap majlis keselamatan PBB yang diberi kuasa untuk menjaga keselamatan dunia. Mereka diberi tanggungjawab besar ini sedangkan di tangan merekalah adanya senjata yang berbahaya yang mampu memusnahkan dunia. PBB meletakkan harapan yang tinggi kepada lima anggota tetap tersebut untuk memberi pelindungan tetapi ternyata tidak berdaya untuk melindungi negara miskin dan lemah.
     
 Isu Berpanjangan
Palestin menjadi bukti kegagalan  PBB dalam menangani isu hak asasi manusia yang berterusan dalam jangka masa yang lama. Pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, memusnahkan rumah kediaman, memenjarakan mereka yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah secara haram adalah isu yang telah berlangsung setelah sekian lama.
Semuanya jelas mencabul hak asasi penduduk Palestin seperti  yang termaktub dalam Hak Kebebasan konvensyen Geneva kali ke-4 yang disebut dalam seksysen 14. Pembinaan dinding dan regim yang terlibat adalah sama sekali bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Keputusan yang diputuskan oleh “Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  yang dinaungi PBB berkenaan pembinaan tembok itu  yang disifatkan sebagai haram hanya menyaksikan keputusan itu sekadar menyedapkan halwa telinga masyarakat antarabangsa sedangkan perlaksanaannya tidaklah seperti yang diharapkan.


Ulasan:
Menurut video diatas, Malaysia telah menyuarakan bahawa keganasan dan ekstreamisme merupakan cabaran global yang melangkaui budaya, agama dan sempadan. Contohnya, keganasan yang berlaku di Palestine yang masih tidak dibela oleh PBB. Kebanyakannya, menyalahkan Muslim sebagai pengganas. Ini salah satu cabaran bagi PBB untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama berlanjutan.

Sumber: Youtube

No comments:

Post a Comment