HOME

Friday, 24 June 2016

Polis Diraja Malaysia(PDRM) ganas Terhadap Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 9/7/2011



Ulasan:
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, rakyat Malaysia di beri kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Oleh itu, pihak polis tidak seharusnya campur tangan selagi mereka berhimpun secara aman. Namun, pihak polis juga mempunyai tugas dalam memastikan keamanan negara terjamin. Oleh sebab itu, pihak polis terpaksa melakukan tindakan segera apabila situasi nampak tidak terkawal. Video ini menjelaskan bahawa permulaan perhimpunan bersih yang aman kemudian menjadi kecoh dan bertindak diluar kawalan kerana  tindakan ganas pihak polis. Pihak polis bertindak ganas dengan menggunakan kuasa dan senjata bagi meleraikan keadaan sehingga berlaku kecederaan kepada peserta perhimpunanan bersih. Peserta-peserta memberontak dan mereka tidak diberi peluang untuk berhimpun.

Sumber: Youtube


Sunday, 12 June 2016

Diskriminasi Terhadap Graduan Melayu untuk Mendapatkan Pekerjaan

BANGI, 4 Jun 2013 – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.
Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.
Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.
Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.
Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.
Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.
Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.
Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.
Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.
Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.
Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.
Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.
Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Ulasan:
Artikel di atas merupakan kajian yang dilakukan bagi membuktikan telah wujud dikriminasi dalam kalangan graduan untuk memohon pekerjaan di Syarikat luar. Diskriminasi adalah layanan tidak adil kepada seseorang yang berpunca daripada perbezaan sama ada bangsa, agama atau ras. Dalam UDHR turut membahaskan isu dikriminasi iaitu pada artikel 2 bebas daripada dikriminasi. Ini bermakna, isu dikriminasi merupakan isu yang agak berat dan perlu diselesaikan dengan segera. Setiap orang berhak untuk mendapat keadilan bukannya dibeza-bezakan atau didikriminasikan. Negara Malaysia seharusnya membuang jauh isu dikriminasi tersebut kerana ia boleh memecahkan perpaduan antara kaum.

Sumber: UKM News Portal



KES TEMBAK PESAWAT MH17


MH17: Kita Sasaran Teori Konspirasi?

Pesawat MAS Boeing 777 yang bawa 298 nyawa, ditembak jatuh di Ukraine.

Mungkin kerana terlalu dipengaruhi Jerry D Gray bahawa ada manusia tamak kuasa yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh berjuta-juta nyawa tidak berdosa untuk kuasa dan wang, saya teringat kenyataan PM Najib siangnya bahawa beliau baharu sahaja menerima panggilan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kata Najib, beliau telah memberi jaminan kepada Abbas bahawa Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis yang kini sedang kemaruk darah di Gaza.

Lalu tanpa diminta oleh sesiapa, fikiran saya langsung merangkumkan kedua-duanya - tulisan Jerry D Gray yang saya baca dengan kenyataan Najib mengenai Palestin/ Gaza.
Apakah tragedi di sempadan Ukraine - Rusia itu episod paling baharu dalam teori konspirasi?

Saya yakin Israel dan juga kuasa-kuasa besar yang menjadi pelobi Zionis tidak suka dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin. Bukan sahaja kerajaannya, pasukan sukarelawan kita juga cukup aktif di Gaza.

Apakah kerana itu, kita jadi sasaran mereka? 

Saya curiga kalau yang merancang tragedi ini adalah ejen asing yang dihantar masuk ke dalam kumpulan pemisah Ukraine dengan tujuan mahu mengalih perhatian dunia terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza.

Ya, ini hanya andaian saya tetapi andaian bukan sesuatu yang mustahil. Dan saya juga tidak menafikan saya mungkin telah dibawa ke alam mimpi oleh Jerry D Gray, seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpaling tadah dan kini aktif membongkar rahsia New World Order (NWO) daripada persekongkolan pemimpin negaranya dengan Zionis.

Akan tetapi, kalau kita perhalusi, talian untuk mengaitkan tragedi MH17 dengan teori konspirasi, tidaklah terlalu halus.

Israel sememangnya pun tidak mahu dunia memberi perhatian terhadap Gaza untuk memudahkan lagi kerja pembantaian yang sedang mereka lakukan. Zionis tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak mendapat keseluruhan tanah Palestin yang tinggal sekangkang kera itu dengan menghapuskan kesemua orang Arab di Gaza.

Minggu lalu, Zionis menyerang ketika dunia memberi tumpuan pada kemuncak World Cup di Brazil.

Mereka boleh melakukannya dengan lebih mudah jika dunia diheret ke dalam satu isu besar dan Gaza ditinggalkan sendirian seperti biri-biri yang terpisah dari kawanan untuk mereka ratah!

Selain itu, saya juga terfikir, Rusia punya hubungan baik dengan Malaysia walaupun tidak seakrab China. Dan seperti China, Rusia juga sedang berusaha untuk kembali bangkit menjadi kuasa pesaing AS. Seakan komplot yang bersiri, selepas China, Rusia pula diatur untuk bermasam muka dengan Malaysia.

Kita tahu dalam konflik dengan Rusia, Ukraine dilindungi oleh AS dan Ukraine juga awal-awal lagi sudah pukul canang bahawa yang menembak jatuh MH17 adalah kumpulan pemisah pro Rusia.

Rusia pula mengatakan MH17 menggunakan laluan yang sama dengan pesawat IL96 yang membawa Vladimir Putin dengan selang masa tidak sampai sejam. Mesej Rusia seakan mahu memberitahu tembakan itu disasarkan kepada pesawat yang membawa Putin.

Kekeliruan dikatakan berpunca daripada warna biru merah dan corak pesawat IL96 yang seakan sama kedua-duanya. Maka Ukraine pun dituduh!

Dalam sidang akhbar terawal jam 4 pagi semalam, PM Najib memberitahu beliau telah dihubungi oleh Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Obama juga telah menelefonnya dari Washington.

Saya lalu tertanya-tanya, mengapa Putin tidak hubungi Najib sedangkan kejadian itu berlaku di sempadan negaranya, dan ada pula pihak yang menuduh tentera atau kumpulan yang ditaja Rusia terlibat?

Mungkin Putin masih trauma...

Dalam pada itu, timbul pula nama CIA di media sosial. CIA dituduh terlibat untuk membuka laluan AS masuk secara langsung dalam konflik Ukraine - Rusia. Ini bukan perkara baharu dalam percaturan politik berprofil tinggi di peringkat dunia. CIA watak utama NWO.

Menelusuri salasilah NWO yang bermula daripada pengasas dinasti Rothschild, Mayer Amschel pada 1770an, melempar batu sembunyi tangan hingga orang lain berperang untuk mengaut keuntungan, sudah lama mereka jadikan 'perniagaan'.

Walau apa pun, kita harap ini andaian yang hanya sekadar andaian. Minta dijauhkan daripada Malaysia, tanah air kita ini dilibatkan sebagai bidak di papan catur kuasa besar yang tamak dan pura-pura bercakaran.

Sama ada MH370 atau MH17, biarlah kemalangan hanya sekadar kemalangan walaupun misteri yang menyelubungi agak sukar untuk dirungkaikan. Ironinya, petunjuk sedang membawa kita ke satu arah yang seakan menjadikan kita sasaran. Kepada ALLAH kita minta perlindungan

Ulasan:
Pada pendapat saya, kes ini masih belum selesai kerana melibatkan beberapa buah negara iaitu Malaysia, Belanda dan Ukraine. Tambahan lagi, terdapat campur tangan daripada kuasa veto AS yang menyebelahi Ukraine. Malaysia dan Ukraine juga bukan anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Oleh sebab itu, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya untuk membuat perbicaraan bagi menuntut bela mangsa kemalangan kerana ia melibatkan pemberontak di Ukraine. Kemalangan MH17 mungkin juga pembunuhan secara tidak sengaja atau sengaja atau telah dirancang oleh beberapa pihak (konspirasi). Namun, ianya tetap salah kerana mengambil nyawa orang secara paksa dan melanggar hak untuk hidup seseorang individu.

Sumber: Sinar Harian

CABARAN HAK ASASI MANUSIA

Masih banyak krisis hak asasi manusia perlu diselesaikan antaranya penganiyaan, kemiskinan, pengangguran, tiada tempat perlindungan, pelarian, dan ancaman terhadap kestabilan alam sekitar.
Di sinilah letaknya peranan PBB sebagai badan induk dunia menyelaraskan perlaksanaan Hak Asasi Manusia sejagat. Sebenarnya tidak ada cacat celanya tentang PBB dari segi perancangan PBB berkenaan perlindungan Hak Asasi Manusia, kerana setelah lebih 50 tahun ditubuhkan begitu banyak badan-badan yang dikhususkan untuk melaksanakan tugas masing-masing di bawah PBB.
Apa yang perlu sekarang ialah mencari formula bagaimana ia boleh menjayakan sesuatu rancangan itu dan bukannya tampak hebat dari segi dasarnya sahaja.

Hak Asasi Sejagat dan Perbezaan Budaya.
Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang. Bagaimana Hak Asasi Manusia sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan dengan kebudayaan yang berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai beberapa perbezaan  untuk mendefinisikan hak asasi manusia. Contohnya, Negara Islam  yang melaksanakan hukum rejam sampai mati dikhalayak ramai bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel sebagai pencabul hak asasi manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang dilaksanakan oleh mereka selaras dengan tuntutan agama dan mempunyai hikmah yang tersendiri.
PBB yang berharapan besar supaya isu hak asasi manusia ini diseragamkan mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun deklarasi khas berkenaan hak asasi manusia sejagat telah diwujudkan,  tetapi banyak daripadanya tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa.
Secara jelasnya, Hak asasi manusia diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iaitu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi  dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja.
Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia. Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh dirujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab.

      Dominasi Kuasa besar
Pada asalnya, PBB ditubuhkan adalah untuk semua. Tetapi timbul masalah apabila wujudnya dominasi kuasa besar dalam badan dunia itu. Semuanya bermula dengan kemenangan dalam peperangan dunia kedua dan sumbangan besar dalam penubuhan PBB. Paling dahsyat apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China, dan Rusia, dianugerahkan kuasa veto yang boleh membatalkan apa-apa resolusi PBB yang tidak selaras dengan kehendak mereka. Tambahan pula, mereka adalah anggota tetap majlis keselamatan PBB yang diberi kuasa untuk menjaga keselamatan dunia. Mereka diberi tanggungjawab besar ini sedangkan di tangan merekalah adanya senjata yang berbahaya yang mampu memusnahkan dunia. PBB meletakkan harapan yang tinggi kepada lima anggota tetap tersebut untuk memberi pelindungan tetapi ternyata tidak berdaya untuk melindungi negara miskin dan lemah.
     
 Isu Berpanjangan
Palestin menjadi bukti kegagalan  PBB dalam menangani isu hak asasi manusia yang berterusan dalam jangka masa yang lama. Pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, memusnahkan rumah kediaman, memenjarakan mereka yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah secara haram adalah isu yang telah berlangsung setelah sekian lama.
Semuanya jelas mencabul hak asasi penduduk Palestin seperti  yang termaktub dalam Hak Kebebasan konvensyen Geneva kali ke-4 yang disebut dalam seksysen 14. Pembinaan dinding dan regim yang terlibat adalah sama sekali bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Keputusan yang diputuskan oleh “Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  yang dinaungi PBB berkenaan pembinaan tembok itu  yang disifatkan sebagai haram hanya menyaksikan keputusan itu sekadar menyedapkan halwa telinga masyarakat antarabangsa sedangkan perlaksanaannya tidaklah seperti yang diharapkan.


Ulasan:
Menurut video diatas, Malaysia telah menyuarakan bahawa keganasan dan ekstreamisme merupakan cabaran global yang melangkaui budaya, agama dan sempadan. Contohnya, keganasan yang berlaku di Palestine yang masih tidak dibela oleh PBB. Kebanyakannya, menyalahkan Muslim sebagai pengganas. Ini salah satu cabaran bagi PBB untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama berlanjutan.

Sumber: Youtube

LAGU: SELAMAT MALAM ROHINGYA - SAHABAT (LIRIK)




Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena 
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohinya 
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya 
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat 
Ini Tuhan mengujimu


Lagu ini mengisahkan etnik Rohingya yang beragama Islam menjadi pelarian kerana diperlakukan dengan begitu zalim dan dibunuh. Muslim Rohingya tidak diiktiraf kewarganegaraannya dan ditindas oleh rakyat Myanmar. Isu ini berkaitan hak asasi manusia kerana mereka tidak diberi kebebasan beragama dan diiktiraf kewarganegaraannya. Lagu ini turut mendoakan etnik Rohingya agar terus sejahtera dan tabah menghadapi dugaan.

Sumber: Youtube

Badan Kerajaan dan Undang-Undang Hak Asasi Manusia


SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

- Merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. 

- Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca  kepada semua undang-undang di Malaysia.

- Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Bahagian II
Kebebasan Asasi


Kebebasan diri
Keabdian dan kerja paksa dilarang
Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang
Kesamarataan
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
Kebebasan beragama
Hak berkenaan dengan pendidikan 
Hak terhadap harta



Saturday, 11 June 2016

HAK PENGGUNA

Baru sehari berpuasa, ratusan pengguna mengadu bazar cekik darah
KUALA LUMPUR, 8 Jun — Lebih 200 pengguna membuat aduan melibatkan kenaikan harga barang di bazar Ramadan di seluruh negara pada hari pertama berpuasa, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia.
Presidennya Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata, antaranya adalah peniaga tidak meletakkan tanda harga dan harga makanan yang mahal.
Kebanyakannya melibatkan aduan di Selangor, Pahang, Perak, Johor, dan Sabah, hasil tinjauan Biro Pemantauan badan bukan kerajaan itu.
“Kebanyakan pengguna yang membuat aduan rasa tertipu dengan harga makanan yang mahal seperti ayam golek iaitu RM14 kepada RM18 seekor dan dua biji karipap bersaiz kecil berharga RM1,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
Beliau menasihati pengguna supaya tidak terlalu ghairah membeli makanan di bazar Ramadan kerana boleh mendorong peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Pada masa sama punca kenaikan harga makanan juga disebabkan pembekal yang menjual dengan harga tinggi, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula.
“Kita lihat 80 peratus harga tersebut dinaikkan oleh pembekal manakala hayna 20 peratus peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan semata-mata,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi.
“Selain pengguna, peniaga kecil-kecilan turut menerima tekanan sehingga terpaksa menaikkan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.”
Katanya, pembekal perlu dipantau agar tidak meletakkan harga yang mahal sesuka hati supaya tidak menyusahkan pengguna dan pemborong.


Bulan Ramadhan sudah tiba, bazar Ramadan bukan saja menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa, malah peluang bagi golongan peniaga mendapat limpahan rezeki. Namun, terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi dan tidak masuk akal, semata-mata bagi mengaut keuntungan melampau.
Kali ini saya ingin membahaskan isu berkaitan hak pengguna. Pengalaman saya sendiri apabila berkunjung ke bazar Ramadan, kebanyakan harga makanan atau kuih muih tidak  sama dengan kuantiti atau saiz yang di jual. Ketika saya pergi ke bazar di Panggung Seni, ada satu gerai yang menjual nasi kerabu dengan harga RM 8 tetapi ia kurang berpatutan dengan harga kerana hanya terdapat nasi dan ayam goreng tanpa keropok dan solok lada. Adakah munasabah mereka mengenakan harga yang agak mahal kepada para pelajar UKM?
Selain itu, pengalaman saya ditipu ketika membeli powerbank di booth jualan barangan komputer di mana penjual mengatakan dan menunjukkan bukti ia barangan ORI tetapi saya hanya dapat menggunakan 2 kali caj sahaja sebelum ia rosak. Agak malang kerana saya tidak boleh menuntut hak saya kembali kerana mereka sudah berpindah tempat.
Antara hak sebagai pengguna ialah:
1.                                      Hak untuk mendapatkan keperluan asas
2.                                      Hak untuk mendapatkan keselamatan
3.                                      Hak untuk mendapatkan maklumat
4.                                      Hak untuk membuat pilihan
5.                                      Hak untuk bersuara
6.                                      Hak untuk mendapatkan ganti rugi
7.                                      Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
8.                                      Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Antara hak dan Undang-Undang yang pengguna perlu tahu:
  Hak pengguna
                  Undang-undang
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
·         Pengguna berhak mendapatkan barangan dan perkhidmatan asas : tempat tinggal, dan kemudahan asas yang lain
·         Akta kawalan harga, 1946 (1973)

·         Akta makanan, 1985
·         Akta timbang dan sukat, 1972
Hak untuk memilih
·         Pengguna bebas untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang diperlukan
·         Akta kontrak, 1950 ( disemak 1974 )
·         Akta jualan barangan, 1957
Hak untuk mendapat ganti rugi
·         Mendapatkan penyelesaian tuntutan keatas barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu
·         Akta kontrak, 1950 ( disemak 1974 )
·         Akta jualan barangan, 1957
Hak mendapat maklumat
·         Mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan supaya tidak ditipu.
·         Akta perihal dagangan, 1972 (pindaan 1980)
·         Akta label, 1980
·         Peraturan makanan, 1985

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna seharusnya tahu akan hak-hak dan undang-undang yang berkaitan hak pengguna. Jika ditipu, kita perlu membuat aduan di  Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melaporkan kegiatan peniaga yang tidak jujur. Pengguna perlu menuntut haknya kerana hak pengguna juga salah satu hak asasi manusia di mana mereka berhak untuk bersuara dan mendapat tahap kehidupan yang selesa sama ada makanan, pakaian atau tempat tinggal. Ini bermaksud pengguna berhak menyuarakan pendapat dan aduan seperti kata-kata tersebut “ Customer always right” serta mendapatkan barang atau perkhidmatan yang sebaiknya.

Friday, 10 June 2016

China’s other big business: Harvesting organs from prisoners when they’re still alive

It’s a story straight out of a horror movie, but it’s been common practice in China for more than a decade.

State-run hospitals have secretly harvested body parts from tens of thousands of prisoners, removing their vital organs while they are still alive.

Filmmaker Leon Lee has been following the researchers trying to bring down this inhumane and illegal industry. He says what they found was a form of evil we have not yet seen on this planet.

“An armed police officer on duty at his college operating theatre witnessed the organ harvesting of a 30-year-old female without anaesthetic,” he told news.com.au. “In the days before, they tortured her, raped her, did all sorts of things to her. The scale of it is beyond imagination.

“A lot of the operations happen in miltary hospitals where it’s easy to control, in labour camps, prisons or vans. They take the heart, liver, cornea, lungs, skin, kidneys ... Mostly they take all the organs.”

Lee believes there have been more than 65,000 victims, at a conservative estimate. His shocking documentary, which aired last night on Dateline at 9.30pm, traces the investigation into the abhorrent industry by human rights lawyer David Matas and former Canadian member of parliament David Kilgour.
A woman named Annie (not her real name), who fled China with her doctor husband, tells Lee in the film that her spouse removed the corneas of 2000 patients while they were still alive. “Some of them were still alive when they were secretly burnt in the incinerator that was in the boiler room,” she adds.

Her husband would wake up with nightmares, and sit staring at the television without watching. Annie says the government tried to kill him after he fled.

“It is extremely horrible for the doctors,” said Lee. “They are scared to speak out. If they continue to cooperate, they’ll be compensated, if not, there will be terrible consequences.”

China has the second-highest number of organ transplants in the world, after the US. The waiting time can be as little as two or three weeks, while in America it often takes around a month to find a match. It has become a destination for patients who want to avoid waiting, and are apparently mostly unware of the truth — or do not want to know.

Before 2010, there were no organ donation systems in China, in part for cultural reasons. The government claimed that body parts came from death row prisoners, but the researchers say this cannot account for the huge number of transplants.

In 2006, reports emerged that the country’s leaders were executing members of the Falun Gong movement — a quasi-religious group with millions of followers, which is banned in China.

“The vast majority are Falun Gong practitioners,” said Lee. “There are also political dissidents and activists. They are taken without informing the family members.

“In a few cases, the family have accidentally got to see pictures of the body, and could see the surgery line. When they questioned the police, they said it had been suicide and they had done an autopsy.”

Matas and Kilgour, both Nobel Peace Prize nominees, have been speaking across the world about what’s happening, despite having had death threats. They want to see the names of those involved go on a list to face the International Criminal Court in The Hague.

China has denied the allegations, and even made a documentary of its own in retaliation to Lee’s Human Harvest. It claims all organ donors are volunteers, and that the practice will stop in August regardless. Not everyone is convinced.

China’s president, Xi Jinping, has been running an anti-corruption campaign, arresting those loyal to ex-leader Jiang Zemin, who were responsible for the persecution of Falun Gong.

Recent remarks from Xi’s top officials suggest the state is shifting its stance, pointing the finger at former security chief Zhou Yongkang for the organ harvesting.

It looks as though the billion-dollar industry is set to die, but it is far too late for the many victims of this abominable crime.

Ulasan:

Artikel diatas mengisahkan kes kecurian organ yang amat berleluasa di China dan ada yang dijadikan perniagaan. Kes ini melanggar hak asasi manusia kerana mengambil organ individu secara paksa sehingga menyebabkan kematian (membunuh). China juga terkenal dengan aktiviti pemindahan organ dan ada juga secara haram. 


Sumber: News.com.au




Thursday, 9 June 2016

ISU PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan bermaksud perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak terutamanya di bawah umur 18 tahun sama ada penderaan fizikal ataupun mental. 

Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meningkat di Malaysia malahan ada juga kes penderaan remaja OKU. Hal ini telah membuktikan bahawa orang dewasa kurang sifat berperikemanusiaan terhadap anak kecil. Hal ini mungkin disebabkan oleh tekanan pekerjaan, masalah ekonomi dan krisis rumahtangga.


Penderaan kanak-kanak adalah satu jenayah kerana telah melanggar hak asasi kanak-kanak.
Oleh sebab itu,  dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. 

Konvesyen Hak Kanak kanak yang dibentangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 yang merupakan dokumen perlindungan kanak-kanak daripada: 
                - penderaan
                - eksploitasi
                - pengabaian
                - jaminan kanak-kanak mendapatkan haknya






Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, adalah tidak mencukupi.

Pindaan akta kanak-kanak yang komprehensif bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, sedang di peringkat akhir untuk disiapkan, sebelum dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.

Ini kerana hukuman dikenakan ke atas pendera dilihat tidak setimpal dengan perbuatan si pelaku yang meninggalkan kesan kekal kepada mangsa kanak-kanak dari aspek fizikal, seksual dan emosi.

Kesimpulannya, ibu bapa atau penjaga mesti dikenakan hukuman yang berat dan diberikan kaunseling agar mereka menginsafi tindakan mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak merupakan modal insan yang penting untuk masa depan negara yang perlu dilindungi.  Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif tambahan lagi mereka mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan dan hidup dengan selesa. Tegakah kita untuk mendera kanak-kanak yang lemah ini?



Bapa Tiri Dera Anak OKU Ditahan Reman

BESUT 30 April - Seorang bapa tiri direman selama empat hari kerana dipercayai mendera anak tirinya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (gambar) berkata suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam.
Beliau berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dipercayai sering dipukul hingga lebam pada pipi dan badan.
"Ibu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut kepada suaminya. Dia hanya akan menyapu ubat pada anaknya setelah suaminya keluar bekerja," katanya kepada pemberita.
Kes kanak-kanak tersebut kini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Besut. - BERNAMA

Sumber: Utusan Online