Baru sehari berpuasa, ratusan pengguna mengadu bazar cekik darah
KUALA LUMPUR, 8 Jun — Lebih 200 pengguna membuat aduan
melibatkan kenaikan harga barang di bazar Ramadan di seluruh negara pada hari
pertama berpuasa, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia.
Presidennya Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata, antaranya
adalah peniaga tidak meletakkan tanda harga dan harga makanan yang mahal.
Kebanyakannya melibatkan aduan di Selangor, Pahang, Perak,
Johor, dan Sabah, hasil tinjauan Biro Pemantauan badan bukan kerajaan itu.
“Kebanyakan pengguna yang membuat aduan rasa tertipu dengan
harga makanan yang mahal seperti ayam golek iaitu RM14 kepada RM18 seekor dan
dua biji karipap bersaiz kecil berharga RM1,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
Beliau menasihati pengguna supaya tidak terlalu ghairah membeli
makanan di bazar Ramadan kerana boleh mendorong peniaga mengambil kesempatan
menaikkan harga.
Pada masa sama punca kenaikan harga makanan juga disebabkan
pembekal yang menjual dengan harga tinggi, kata Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) pula.
“Kita lihat 80 peratus harga tersebut dinaikkan oleh pembekal
manakala hayna 20 peratus peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga untuk
mendapatkan keuntungan semata-mata,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad
Yusuf Azmi.
“Selain pengguna, peniaga kecil-kecilan turut menerima tekanan
sehingga terpaksa menaikkan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.”
Katanya, pembekal perlu dipantau agar tidak meletakkan harga
yang mahal sesuka hati supaya tidak menyusahkan pengguna dan pemborong.
Bulan Ramadhan sudah tiba, bazar
Ramadan bukan saja menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah
berbuka puasa, malah peluang bagi golongan peniaga mendapat limpahan rezeki. Namun,
terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas
dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi dan
tidak masuk akal, semata-mata bagi mengaut keuntungan melampau.
Kali ini saya ingin membahaskan isu berkaitan hak pengguna. Pengalaman saya
sendiri apabila berkunjung ke bazar Ramadan, kebanyakan harga makanan atau kuih
muih tidak sama dengan kuantiti atau saiz yang di jual. Ketika saya pergi
ke bazar di Panggung Seni, ada satu gerai yang menjual nasi kerabu dengan harga
RM 8 tetapi ia kurang berpatutan dengan harga kerana hanya terdapat nasi dan
ayam goreng tanpa keropok dan solok lada. Adakah munasabah mereka mengenakan
harga yang agak mahal kepada para pelajar UKM?
Selain itu, pengalaman saya ditipu ketika membeli powerbank di booth jualan
barangan komputer di mana penjual mengatakan dan menunjukkan bukti ia barangan
ORI tetapi saya hanya dapat menggunakan 2 kali caj sahaja sebelum ia rosak.
Agak malang kerana saya tidak boleh menuntut hak saya kembali kerana mereka
sudah berpindah tempat.
Antara hak sebagai pengguna ialah:
1. Hak
untuk mendapatkan keperluan asas
2. Hak
untuk mendapatkan keselamatan
3. Hak
untuk mendapatkan maklumat
4. Hak
untuk membuat pilihan
5. Hak
untuk bersuara
6. Hak
untuk mendapatkan ganti rugi
7. Hak
untuk mendapatkan pendidikan pengguna
8. Hak
untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Antara hak dan Undang-Undang yang pengguna perlu tahu:
Hak
pengguna
|
Undang-undang
|
Hak
untuk mendapatkan keperluan asas
·
Pengguna berhak mendapatkan barangan dan
perkhidmatan asas : tempat tinggal, dan kemudahan asas yang lain
|
·
Akta kawalan harga, 1946 (1973)
·
Akta makanan, 1985
·
Akta timbang dan sukat, 1972
|
Hak
untuk memilih
·
Pengguna bebas untuk memilih barangan
dan perkhidmatan yang diperlukan
|
·
Akta kontrak, 1950 ( disemak 1974 )
·
Akta jualan barangan, 1957
|
Hak
untuk mendapat ganti rugi
·
Mendapatkan penyelesaian tuntutan keatas
barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu
|
·
Akta kontrak, 1950 ( disemak 1974 )
·
Akta jualan barangan, 1957
|
Hak
mendapat maklumat
·
Mendapatkan maklumat tentang barangan
atau perkhidmatan supaya tidak ditipu.
|
·
Akta perihal dagangan, 1972 (pindaan
1980)
·
Akta label, 1980
·
Peraturan makanan, 1985
|
Kesimpulannya, kita sebagai pengguna
seharusnya tahu akan hak-hak dan undang-undang yang berkaitan hak pengguna. Jika
ditipu, kita perlu membuat aduan di
Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melaporkan kegiatan peniaga
yang tidak jujur. Pengguna perlu menuntut haknya kerana hak pengguna juga salah
satu hak asasi manusia di mana mereka berhak untuk bersuara dan mendapat tahap
kehidupan yang selesa sama ada makanan, pakaian atau tempat tinggal. Ini
bermaksud pengguna berhak menyuarakan pendapat dan aduan seperti kata-kata
tersebut “ Customer always right” serta mendapatkan barang atau perkhidmatan
yang sebaiknya.